Ramai orang menganggap, selepas mempunyai camera boleh terus buat video dengan baik. Sebenarnya bukan semudah yang disangka. Mempunyai camera sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan video yg berkualiti. Ini list yang paling basic untuk menceburi bidang DSLR videography.
1) Camera
2) Memory Card
3) Stabilizer
Camera Dan Lens
Camera yang paling famous dan terbaik dalam DSLR videography ialah Canon EOS 5D Mark II. ia sangat berkualiti dan canggih, dan merupakan pilihan pertama bagi mereka yang professional dalam bidang ini. Masalahnya satu saja, mahal (Lebih kurang RM 7000 body shj). Kos yang tinggi membuatkan ramai tidak mampu membelinya. Pilihan kedua ialah Canon EOS 7D (RM 4500 body shj). Dan yang ketiga sama ada Canon 60D atau Canon EOS 550D.
Bagi saya, yang terbaik bagi mereka yang ingin jimat dan berkualiti tinggi;
Canon EOS 550D. Ini adalah yang terbaik bagi seorang pelajar yang masih menuntut. Kualitinya hampir-hampir sama dengan 7D kerana menggunakan sensor yang sama; APS-C CMOS sensor. Jadi kualiti videonya hampir sama dengan 7D, sehingga dipangil "baby 7D". Nama lain bagi 550D ialah Rebel T2i di North America dan Kiss X-4 di Jepun. Jadi, 550D, T2i dan Kiss X4 adalah camera yang sama.. cuma nama saja berbeza. Bajet untuk membeli 550D ialah RM3000.
Antara kelebihan 550D dalam videography ialah, ia boleh manual control ISO, shutter speed, apreture, white balance dan lain-lain ketika video mode. Ini berbeza dengan Canon EOS 500D yang hanya mempunyai automatik kontrol.
Pemilihan camera sangat penting, kerana merupakan kunci dan asas yang paling penting untuk pergi jauh. Kenapa? sebab camera yang terbaik untuk video shooting ialah yang boleh kontrol manual semua function. Ramai yang menganggap automatik lebih baik kerana mudah, tapi hakikatnya berbeza dalam bidang videography. Sejauh mana camera itu boleh menually setting, sejauh itulah ia terbaik. Ingat point ini, camera terbaik dalam video ialah yang paling banyak manual setting. Insyaallah, kalau ada masa saya akan menerangkan tentang setting camera dalam post akan datang.
Dalam pemilihan camera untuk shooting, antara perkara perlu diambil kira ialah;
1) Quality video dan audio
2) Manually Setting
2) Bajet kewangan
Jadi apa yang perlu dibuat sebelum membeli camera ialah, explore habis-habisan tentang camera terbaik untuk video dan fikirkan berdasarkan bajet. Dan bagi saya, yang terbaik adalah 550D; camera saya sekarang.
Saya minta maaf kepada pengguna camera Nikon, kerana setakat yang saya explore dan tahu.. Canon lebih baik daripada Nikon dalam Video. :)
Memory Card
Ramai orang tidak tahu tentang ini. Memori card sangat penting dalam video shooting. Ada pelbagai jenis memori card, dan yang paling common dan famous ialah SDHC card. Dan SDHC card mempunyai banyak class; class 2, 4, 6, 10 dan lain-lain. Class ini menunjukkan tahap kelajuan dan performance memory card itu boleh menyimpan maklumat. Untuk Video shooting, ia perlukan memory card yang sekurang-kurangnya class 6. Saya menggunakan class 10, dan tiada masalah langsung dalam video shooting. Sekiranga anda hanya menggunakan class 2 atau 4... anda tidak akan dapat record video dengan 1280x720, 60fps (HD) dengan baik. Sama ada ia akan tersekat-sekat atau ia tak mampu untuk record. The camera will automatically stop recording.
Selain class.. saiz juga sangat penting. 16 GB memory card adalah terlalu besar untuk photography, tapi untuk videography.. ia adalah paling minimum. 16 GB membolehkan kita recording dalam tempoh 30 min (lebih kurang) sahaja! Kebanyakan forum yang saya baca, mereka menggunakan 64GB. Semakin besar saiz dan class.. semakin mahal.
Saya cadangkan anda membeli memory card yg low-cost, 16 GB class 10 dengan harga RM 200 lebih. Ada yang mahal, sehingga RM 300 lebih dan lebih tinggi.. tapi yang low-cost sudah memadai. Ini memori card yg saya beli.
Stabilizer
Ini juga persoalan yang sangat-sangat basic dalam video shooting. Ia berfungsi untuk menstabilkan camera kita. Camera DSLR adalah tidak stabil sekiranya hanya hand-held, dan ia sangat memerlukan stabilizer, untuk shoot dengan baik. Saya akan nyatakan beberapa stabilizer yang basic.
1) Tripod
2) Hand-held stabilizer (Glidecam, Flycam etc.)
3) Shoulder Rig
Pertamanya tripod. Tripod adalah asas dalam video shooting, tanpanya kita tak mampu untuk shooting denga baik. Untuk video, antara yang terbaik ialah fluid-head tripod. Ia mahal, tapi sangat baik untuk pergerakan yang smooth dan pro. Boleh juga menggunakan ball-head dan pan-head sebagai alternatif. Normal pan-head adalah tripod biasa yang anda jumpa. Dan ia sudah memadai untuk membantu kita.
Kedua tentang
hand-held stabilizer. Antara yang world-class ialah
steadicam. Harganya agak tinggi selari dengan kualitinya. Pilihan kedua ialah
Glidecam. Untuk DSLR, saya cadangkan Glidecam HD 2000 atau 1000. HD 4000 adalah untuk camera video yang besar. Dan kedua-dua produk ini sangat susah dijumpai di Malaysia kerana mungkin permintaannya minimum. Anda boleh menggunakan ebay untuk menempahnya.
Alternatif stabilizer yang saya rekomen untuk mereka yang inginkan low-cost dna berkualiti ialah;
Flycam. Saya telah membeli Flycam nano seperti dalam link, dan qualitinya sangat baik. Dan jika anda nak tahu, video dalam link tersebut dibuat ketika saya membeli Flycam itu.. memandangkan saya adalah pembeli pertama Flycam Nano, so cina tu nak demonstrate sikit cara penggunaan flycam. Tu saya punya la tu, yg tokey cina tu pegang. :)
Mungkin juga boleh gunakan
wondlan. Saya dapati produk ini bagus juga, berkualiti tinggi dan low-cost. Tapi saya tak pernah mencuba. Sebelum saya membeli Flycam Nano, wondlan adalah pilihan pertama saya sebelum ini. Ini contoh video menggunakan stabilizer wondlan.
Link.
Tanpa stabilizer.. anda takkan mampu menghasilkan video yang baik. Percayalah.
********
Ok, inilah ketiga-tiga perkara paling penting dalam langkah pertama menceburi bidang DSLR Videography.. Dan ingat, jangan kurang satupun daripada 3 perkara ini, kalau tak anda takkan dapat pergi jauh dalam bidang ini.
Berkata tentang Bajet; ini saya tulis bajet saya;
Camera 550D dengan Kit lens dan 50mm : RM3300
Memori Card 16 GB, class 10 : RM 200
Tripod : RM 200
Flycam Nano : RM 900
Beg camera dan lain-lain : RM 300
Jumlah : RM 4900.
Jumlah ini tidak tepat, tapi estimation lebih kurang macam itulah.. Harapnya entry ni bermanfaat. Sebarang pertanyaan, saya berbesar hati untuk menjawabnya.