Friday 2 September 2011

Gosok Baju (Behind The Story)

Salam..

alhamdulillah satu lagi short movie telah berjaya disiapkan walaupun saya hampir-hampir tak jadi nak buat. Pada asalnya jalan ceritanya lain, menyentuh tentang erti kebebasan dan raya dalam konteks islam. Tapi disebabkan kesempitan masa, cerita asal telah diubah kepada jalan cerita lain.

Cerita gosok baju adalah antara short movie yang paling last minute saya buat. Jalan ceritanya saya fikir ketika dalam perjalanan ke rumah kawan, sambil dengar lagu (sy selalu mendapat ilham ketika mendengar lagu). Kemudian sampai saja pada pukul 9 malam, terus setting camera, briefing pelakon dan shoot. Dalam pukul 11 malam, siap shooting dan mula editing sampailah ke pagi esoknya.

Memang sangat last minute. Setakat ni belum pernah lagi saya baru nak mula shooting waktu malam, dan pagi esoknye terus nak ditayangkan. Biasanya satu short movie mengambil masa 2 hari utk disiapkan. Tapi tak sangka, kali ni boleh pula siap dalam masa yang sangat sekejap. Pelakon pun, Danial Al-Asr, Misri dan Nawfal diberitahu sejam sebelum edit. Jadi semua dialog adalah dibuat sendiri oleh mereka.

Malam itu memang saya tak tidur dan hanya menghadap laptop utk editing, makan malam pun tidak, sampai pukul 3 am perut dah terasa sangat lapar dan tak dapat fokus. So, saya ajak Danial (watak utama dlm cerita ini) pergi makan burger Hardees di hayyu sabiek. Borak.. borak..borak.. dah masuk subuh.

Lepas subuh, mulakan render sampailah pukul 8.30 am.

Macam tu lah kisah pembikinan filem pendek ni. Ada yang komen, video kali ini tidak sebaik video-video yang lepas. Ye, memang saya akui video kali ni saya tidak puas hati editingnya. Tapi disebabkan kesuntukan masa, pemilihan soundtrack dan editing tidak berapa detail macam sebelum2 ini.

Apa-apapun, video ini telah dapat disiapkan dengan agak baik. Alhamdulillah... So, utk pengakirnya, selamat hari raya aidil fitri kepada semua pembaca, rakan-rakan yang megenali saya atau tidak. Hayatilah video ini; "Gosok Baju"

Thursday 11 August 2011

Bermulanya sebuah episod filem "Karma"

Salam..

Setelah diilhamkan dengan konsep "think out of the box". Sebuah filem bertajuk 'KARMA' bakal dirancang dan dihalusi dengan lebih teliti.

Idea asal dicadangkan oleh Saif Zorin, ketika saya berborak-borak dengannya tentang idea yang lain dari yang lain. Saif telah menerangkan kepada saya satu konsep baru dalam pembikinan filem kami.

Konsep yang lebih matang, lebih tersusun, lebih complicated dan lebih fokus kepada jalan cerita yang unpredictable. Saya takkan menceritakannya dengan detail, tak saspens la kan. Malam tadi sedang berbincang dengan Amerdad di Cilantro, kami telah dapat detail ceritanya. Dan rasanya ini kali pertama kami membuat video berkonsepkan begini.

Tempat bermulanya sebuah idea 'boom'


Projek ini akan mengambil masa sedikit memandangkan komitmen dan prioriti dalam program-program tarbiyah dan dakwah. Jadi ia adalah filem pertama kami yang bersifat lebih professional, dan memerlukan masa untuk dijalankan.

Yang pastinya, saya telah bertekad untuk menjadikannya realistik. Bukan sekadar pada kertas. Semangat sedang membara, usaha akan dikerah, kemudian tawakkal. Kami tak pasti sama ada ia akan menjadi atau tak, tapi kami akan pastikan usaha ke arah merealisasikannya dijalankan dengan semampu yang mungkin.

Nantikan sebuah filem Brainpower Production yang bertajuk;

KARMA

"Berhenti menangis, pandanglah ke langi, matahari masih bersinar"

"Hidup adalah ujian"



Script yang telah mula ditulis dengan detail


Moga dipermudahkan. Bismillahitawakkaltu a'alallah...

Sunday 7 August 2011

Download Sony Vegas dengan Torrent

Salam, ape kabar kawan?

*Kalau korang malas bace, tengok je video ni, content yang same, cuma sy ade tambah sket point. How to download and use torrent.


Sejak akhir-akhir ni ramai yang tanya saya tentang macam mane nak download Sony Vegas. So, entry ini memudahkan utk mereka yg masih tak tahu menggunakan torrent. Dalam semua software, movies, soundtrack dan lagu, saya mainly download menggunakan torrent. Dan kalau orang tanya, saya cakap "sy download dengan torrent".. ramai yang tak tahu.

Ringkasnya, torrent download adalah style 'share', kite download daripada orang lain. Ada 2 istilah yang penting, leech dan seed. Leeching mudahnya bermaksud downloading, seeding pulak uploading. Istilah ni tak tepat sgt kalau didefiniskan begitu, tapi utk mudah faham, macam tu la maknanya.

Jadi, kite download daripada jasa orang lain yang sedang seeding. Seolah2 kite share files/movies/songs/software dan sebagainya. Oleh sebab sistem ini, kemungkinan virus utk merebak melalui torrent lebih besar daripada direct download, tapi kalau kite gune antivirus yg baik (cth; karspersky), i'allah selama 3 tahun sy download torrent, setakat ini laptop belum pernah infected dgn virus.

Dan ingat, sebelum download, pilih files yang betul-betul 'bersih' daripada virus. Macam mana nak tahu? daripada comments di files. Biasanya akan ada comments di torrents site, so pastikan dulu ia 'sihat' dulu ok. :)

Torrent site (website) yang mana yang bagus?
Dulu Mininova adalah pilihan terbaik, tapi sekarang ia dah disekat dan menjadi sgt limited, so mungkin choice terbaik sekarang ini adalah torrentz. Torrentz adalah compilation of torrent sites, so boleh pilih la daripada pirate bay dan lain-lain.

Ringkasnya ini steps utk download torrent;
1) Download Torrent client. Sy cadangkan guna utorrent.Download free, then install.
2) Bukak kat torrentz, seacrh file yg kite nak. (contoh; sony vegas). Download.
3) Double click atau open file yg dah downloaded tadi menggunakan torrent client. Selesai.. just tunggu saje ia habis download.
4) lepas habis download, jgn lupa stop downloading, kalau tak ia akan starts seeding. (kalau ikut etika, kite kene seed la, masalahnye ia akan lambatkan sket internet)
5) Install sony vegas atau ape-ape software ikut steps die.

Jap, sebelum habis.. time download torrent, mungkin internet akan jadi super lambat. Die sedut semua kelajuan internet kat situ. Macam mane nak bagi internet speed back to normal? sama ada pause jap time nak gune internet, dan download balik time tak gune internet.. ataupun set kelajuan download. Search la kat youtube mcm mane nak set kelajuan tu k..


*Kalau korang dah dengar ahli rumah tension sebab internet lambat, "sape download ni!!" pause la kejap download. Takpun download malam2, time org tengah tak gune internet.

Selamat menggunakan torrent dengan baik. :)

Saturday 30 July 2011

"Makan" in-making

Video "makan" ini telah saya rancang beberapa bulan yang lalu, setelah mendapat idea itu, saya terus tulis script. Pada asalnya saya cadang nak buat video sepanjang 4-5 minit saje, tapi lepas edit, jadi 8 minit pula. Tapi takpe, asalkan mesej sampai.

Banyak cabaran dalam membuat video kali ini. Pertamanya ketika shooting scene 1st di rumah Amerdad, tiba-tiba camera saya rosak. Mungkin disebabkan oleh "Magic lantern" yang sy install pada memori card. Akhirnya saya uninstall kembali, dan camera saya kembali baik.

Masalah kedua, kesempitan masa. Final exam dah dekat, jadi saya harus menangguhkan pembikinan video ini untuk fokus studi. Scene yang dilakonkan oleh Misri; sebagai hati, saya shot dalam masa 30 min saja sebelum menghadiri satu program selama 3 hari 2 malam. Pulang saja dari program tersebut, saya terus siapkan editing.

Apa-apapun, alhamdulillah saya dapat siapkan video ini. Ini gambar yang saya ambil ketika editing semalam.



Editing video, tak semudah yang disangka



Saya mengambil masa sehari suntuk untuk editing dan upload video ini
(ada video yang sebelum2 ini mengambil masa lebih lama)



Script yang telah berbulan-bulan ditulis, akhirnya siap dijadikan movie.


Alhamdulillah, cerita "Makan" telah disiapkan walaupun dengan kesempitan dan kesusahan. Tapi tak mengapa, hidup ini tak selalunya mudah. Inshaallah, masih ada beberapa projek dalam list yang bakal divideokan juga, nantikannya...

MAKAN (Short Movie)



Video ringkas tentang rutin harian kita.
Alhamdulillah, dalam kesempitan masa dapat juga saya siapkan video ini.
Sama-sama kongsikan mesej video ini.


Copyrighted by Brainpower Production

Tuesday 26 July 2011

The Art Of Videography

Salam wbkt.. alhamdulillah dah selesai tutorial kedua sy tentang videography. Kali pertama dulu utk para pelajar Perubatan Tanta. Dan kali kedua ini pula utk Media ISMA.

Bertajuk The Art Of Videography. Kali ini penyertaan hanya 11 0rang, lelaki dan perempuan. Kelas ini tertutup, dan tidak dibuka secara public. Tujuannya utk melatih pelapis-pelapis baru movie maker ISMA Mesir.

Kali ini tutorial sgt pendek, hanya sejam setengah... oleh kerana kengkangan masa, sy lebih fokus kepada editing techniques menggunaka Sony Vegas.


Ini antara isi kandungan yg saya ingin kongsikan;



Dan ini lampiran utk para peserta;


Agak susah utk sy kongsikan semua point dalam post ini sebab ia memerlukan penerangan yang detail.

Balik rumah tadi, terus siapkan teaser video "Makan".. sedang uploading.. dalam masa kurang seminggu, inshaallah akan release.

Tuesday 19 July 2011

Behind the Camera

Saya jarang mengambil gambar ketika shooting, ada la beberapa kali saja saya teringat. Ini adalah antara gambar-gambar behind the camera, ketika shooting.


Canon 550D + Flycam Nano + Rode Videomic



Rode videmic antara short gun mic terbaik




Stabilizing system



Interview



Ustz Abdul Halim












Interviewing Ustz Abdullah Zaik



Shooting movie "The silent comrade"


Projek terbaru, sedang shooting video "makan" yang masih tertangguh-tangguh. Inshaallah dalam beberapa minggu lagi akan release. Harap-harap tiada masalah lagi kali ini.



Monday 18 April 2011

DSLR camera atau Videocam?

Salam, sejak akhir-akhir ini terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang pemilihan camera yang terbaik untuk rakaman video. Memandangkan kualiti DSLR video yang sangat tinggi dan professional, ramai yang bercadang untuk membelinya hanya untuk tujuan video. Jadi dalam post kali ini, saya ingin menulis dengan ringkas tentang beberapa perkara penting sebelum anda berfikir untuk membeli DSLR untuk video.

Sebelum anda menentukan sama ada ingin membeli DSLR camera atau videocam, anda harus menetapkan dahulu jenis video yang bagaimana ingin anda hasilkan.


1) Jika rakaman video program yang memerlukan recording yang lama (+-sejam), pilihan terbaik adalah Videocam/handycam atau nama-nama lain yang available.

2) Kalau nak buat short movie, wedding videography atau video-video kreatif, pilihan terbaik adalah camera DSLR.



Ini kerana walaupun DSLR camera mempunyai kebolehan untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi, ia mempunyai beberapa kelemahan yang menjadikan penggunaannya agak limit. Antara kelemahannya;

1) Tidak boleh record continously dengan lama. Sy ade bace dalam satu forum website dslr videography, camera canon hanya boleh record 20 minutes dan it will spontaneously stops. Tapi boleh sambung record balik sehingga memory card full.

2) Masalah overheat. Jika camera anda overheat, ia akan off. Mungkin pengguna canon 5D Mark II tidak terlalu mengalami masalah ini, tapi setakat sy menggunakan 550D, memang kadang-kadang masalah overheat melambatkan proses shooting.

3) Saiz video footages (saiz file video) yang dirakam sangat besar. Jadi susah untuk disimpan dalam galleri. (kebiasaannya rakaman program akan disimpan)

4) Editing process yang agak leceh. Sebenarnya bukan mudah untuk membuat video. Video 6 minit yang anda tonton biasanya mengambil masa lebih 6 jam untuk diedit dan diproses dengan perfect.

5) Memerlukan equipment tambahan yang lain, seperti stabilizer, lens, tripod, microphone dan lain-lain. Saya dah pernah tulis dalam post yang lepas tentang equipment tambahan yang basic yang perlu ada untuk shooting dengan baik menggunakan DSLR camera.

Ada juga kekurangan-kekurangan lain yang melimitkan penggunaan camera DSLR dalam videography. Videocam atau handycam lebih mesra pengguna, lebih mudah dipegang, saiz yang kecil, fit pada tangan dan stabil, boleh rakam dengan lama, mudah zoom in/out dan lain. Tapi agak kurang dari sudut kualiti berbanding DSLR. Ada juga videocam yang HD dan tinggi kualitinya, tapi harganya sangat mahal. Apa-apapun, saya tetap memilih DSLR camera untuk membuat video kerana terlalu banyak kelebihan lain.

Kesimpulannya, sebelum anda menetapkan untuk membeli camera yang agak mahal, tetapkan benar-benar apa kegunaan anda, keperluan dan produk yang ingin dihasilkan. Selepas anda benar-benar clear tentang ini, rasanya akan lebih mudah untuk decide. Dan jika anda benar-benar ingin membeli DSLR camera untuk video, mungkin boleh panjangkan perbincangan tentang pemilihan camera, equipment, bajet dan lain-lain.

Sekian, harap berguna.

Wednesday 12 January 2011

F.C. Rabbath

Ok, entry kali ini, saya ingin berkongsikan tentang profile seorang independent film maker yang sangat saya kagumi. Tujuan saya menulis entry tentangnya ialah sekadar perkongsia tentang seorang manusia yang sangat memberi inspirasi kepada saya.



Profile Ringkas

F.C. Rabbath. Nama yang sangat popular di youtube di kalangan independant videomaker. Dengan subscriber lebih daripada 8000 lebih membuktikan filem-filemnya bukan sekadar picisan tetapi mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Nama sebenarnya ialah Frederick Claude Rabbath, lahir pada 1986. Pernah menduduki lebih 5 buah negara dan boleh bertutur dalam 7 bahasa. Sekarang berada di US. Seorang Engineer, US Marine, film maker, animator, author, photographer, graphic designer dan ahli bahasa.

Dia juga terkenal di dengan sifat 'low-profile' dan humble, seolah-olah sentiasa mengelak untuk menjadi popular. Gambarnya hampir-hampir tiada di internet, dan tidak pernah masuk camera walau sekali. Namun begitu, lelaki 24 tahun ini sangat berbakat dalam film production sehingga ditawarkan bekerja di salah sebuah syarikat penyiaran di US. Dan dia bekerja sambilan di sana di samping masih belajar dalam kuliah Civil Engineering sem akhir.

Seorang self-taught movie maker dan tidak pernah menghadiri mana-mana kursus videography. Mula membuat video sejak masih awal remaja, umur belasan tahun. Dan sehingga kini masih aktif membuat filem pendek.



Kelebihan Filem FC Rabbath

Antara sebab saya sangat tertarik dengan filemnya ialah kualiti cinematography yang sangat tinggi bertahap professional sedangkan dia tidak pernah menghadiri mana-mana kursus secara serius. Hanya belajar sendiri, semua perkara. Dalam menilai satu filem, ada 2 aspek yang saya sentiasa perhatikan.

1) Kualiti cinematography
2) Storyline (mesej, cara penceritaan dsb)

Dan kebanyakan video-videonya sangat berkualiti dari 2 aspek ini. Kebanyakan filemnya mengajak kita untuk berfikir. Banyak video-videonya unik dan epic, unexpected dan menarik. Bagi saya antara yang terbaik ialah, Disconnected, Dark Wood dan Scarlet's Witch. Hampir kesemua filemnya adalah no budget. Ya, memang banyak filem lain yang lebih baik dari filemnya.. tapi melihat kepada profile beliau, kita susah untuk percaya yang seseorang sepertinya boleh menghasilkan filem berkualiti.



FC Rabbath dan Saya

Melihat kepada keadaan saya sebagai seorang pelajar perubatan yang akan menceburi bidang Kedoktoran suatu masa nanti, saya sering tertanya-tanya, sejauh mana minat dalam bidang ini dapat saya teruskan. Adakah perlu memilih sama ada menjadi seorang doktor atau producer? Ataupun saya boleh menjadi kedua-duanya dalam satu masa.

Mengenali FC Rabbath dan melihat 'profile'nya telah menjawab persoalan itu. Ya, saya mampu. Dia seorang Engineer, iaitu bidang professional namun boleh bergerak aktif dalam film production. Lebih-lebih lagi umurnya 24 tahun, hanya 2 tahun lebih tua dari saya. Serta dia merupakan self-taught movie maker, seperti saya. Dia masih belum menjadi professional filem producer, namun sebab itulah saya rasa 'dekat' dengan situasi saya. Seorang remaja yang baru menapak dalam arena ini, dengan minat yang mendalam.

Dia merupakan seorang Kristian. Dan saya merupakan seorang islam. Itulah beza yang sangat ketara antara saya dan dia. Namun dari aspek perfileman, saya sangat mengaguminya dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi. (hanya dalam aspek videography, bukan aspek kehidupan)



Penutup

Saya mengambil dia sebagai contoh terbaik, kerana situasinya sangat-sangat dekat dengan saya. Dengan umur yang hampir sebaya dan cara yang hampir sama; iaitu lebih selesa untuk writing script, directing, shooting, dan editing sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia juga tidak suka masuk camera seperti saya. Cuma yang berbezanya.. saya membuat video untuk islam. Inilah seorang manusia yang saya kagumi dalam videography.


Lampiran;
Interview F.C. Rabbath :

Tuesday 4 January 2011

Basic dalam DSLR Videography

Ramai orang menganggap, selepas mempunyai camera boleh terus buat video dengan baik. Sebenarnya bukan semudah yang disangka. Mempunyai camera sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan video yg berkualiti. Ini list yang paling basic untuk menceburi bidang DSLR videography.

1) Camera
2) Memory Card
3) Stabilizer


Camera Dan Lens

Camera yang paling famous dan terbaik dalam DSLR videography ialah Canon EOS 5D Mark II. ia sangat berkualiti dan canggih, dan merupakan pilihan pertama bagi mereka yang professional dalam bidang ini. Masalahnya satu saja, mahal (Lebih kurang RM 7000 body shj). Kos yang tinggi membuatkan ramai tidak mampu membelinya. Pilihan kedua ialah Canon EOS 7D (RM 4500 body shj). Dan yang ketiga sama ada Canon 60D atau Canon EOS 550D.

Bagi saya, yang terbaik bagi mereka yang ingin jimat dan berkualiti tinggi; Canon EOS 550D. Ini adalah yang terbaik bagi seorang pelajar yang masih menuntut. Kualitinya hampir-hampir sama dengan 7D kerana menggunakan sensor yang sama; APS-C CMOS sensor. Jadi kualiti videonya hampir sama dengan 7D, sehingga dipangil "baby 7D". Nama lain bagi 550D ialah Rebel T2i di North America dan Kiss X-4 di Jepun. Jadi, 550D, T2i dan Kiss X4 adalah camera yang sama.. cuma nama saja berbeza. Bajet untuk membeli 550D ialah RM3000.


Antara kelebihan 550D dalam videography ialah, ia boleh manual control ISO, shutter speed, apreture, white balance dan lain-lain ketika video mode. Ini berbeza dengan Canon EOS 500D yang hanya mempunyai automatik kontrol.

Pemilihan camera sangat penting, kerana merupakan kunci dan asas yang paling penting untuk pergi jauh. Kenapa? sebab camera yang terbaik untuk video shooting ialah yang boleh kontrol manual semua function. Ramai yang menganggap automatik lebih baik kerana mudah, tapi hakikatnya berbeza dalam bidang videography. Sejauh mana camera itu boleh menually setting, sejauh itulah ia terbaik. Ingat point ini, camera terbaik dalam video ialah yang paling banyak manual setting. Insyaallah, kalau ada masa saya akan menerangkan tentang setting camera dalam post akan datang.

Dalam pemilihan camera untuk shooting, antara perkara perlu diambil kira ialah;

1) Quality video dan audio
2) Manually Setting
2) Bajet kewangan

Jadi apa yang perlu dibuat sebelum membeli camera ialah, explore habis-habisan tentang camera terbaik untuk video dan fikirkan berdasarkan bajet. Dan bagi saya, yang terbaik adalah 550D; camera saya sekarang.

Saya minta maaf kepada pengguna camera Nikon, kerana setakat yang saya explore dan tahu.. Canon lebih baik daripada Nikon dalam Video. :)



Memory Card

Ramai orang tidak tahu tentang ini. Memori card sangat penting dalam video shooting. Ada pelbagai jenis memori card, dan yang paling common dan famous ialah SDHC card. Dan SDHC card mempunyai banyak class; class 2, 4, 6, 10 dan lain-lain. Class ini menunjukkan tahap kelajuan dan performance memory card itu boleh menyimpan maklumat. Untuk Video shooting, ia perlukan memory card yang sekurang-kurangnya class 6. Saya menggunakan class 10, dan tiada masalah langsung dalam video shooting. Sekiranga anda hanya menggunakan class 2 atau 4... anda tidak akan dapat record video dengan 1280x720, 60fps (HD) dengan baik. Sama ada ia akan tersekat-sekat atau ia tak mampu untuk record. The camera will automatically stop recording.

Selain class.. saiz juga sangat penting. 16 GB memory card adalah terlalu besar untuk photography, tapi untuk videography.. ia adalah paling minimum. 16 GB membolehkan kita recording dalam tempoh 30 min (lebih kurang) sahaja! Kebanyakan forum yang saya baca, mereka menggunakan 64GB. Semakin besar saiz dan class.. semakin mahal.

Saya cadangkan anda membeli memory card yg low-cost, 16 GB class 10 dengan harga RM 200 lebih. Ada yang mahal, sehingga RM 300 lebih dan lebih tinggi.. tapi yang low-cost sudah memadai. Ini memori card yg saya beli.





Stabilizer

Ini juga persoalan yang sangat-sangat basic dalam video shooting. Ia berfungsi untuk menstabilkan camera kita. Camera DSLR adalah tidak stabil sekiranya hanya hand-held, dan ia sangat memerlukan stabilizer, untuk shoot dengan baik. Saya akan nyatakan beberapa stabilizer yang basic.

1) Tripod
2) Hand-held stabilizer (Glidecam, Flycam etc.)
3) Shoulder Rig

Pertamanya tripod. Tripod adalah asas dalam video shooting, tanpanya kita tak mampu untuk shooting denga baik. Untuk video, antara yang terbaik ialah fluid-head tripod. Ia mahal, tapi sangat baik untuk pergerakan yang smooth dan pro. Boleh juga menggunakan ball-head dan pan-head sebagai alternatif. Normal pan-head adalah tripod biasa yang anda jumpa. Dan ia sudah memadai untuk membantu kita.

Kedua tentang hand-held stabilizer. Antara yang world-class ialah steadicam. Harganya agak tinggi selari dengan kualitinya. Pilihan kedua ialah Glidecam. Untuk DSLR, saya cadangkan Glidecam HD 2000 atau 1000. HD 4000 adalah untuk camera video yang besar. Dan kedua-dua produk ini sangat susah dijumpai di Malaysia kerana mungkin permintaannya minimum. Anda boleh menggunakan ebay untuk menempahnya.

Alternatif stabilizer yang saya rekomen untuk mereka yang inginkan low-cost dna berkualiti ialah; Flycam. Saya telah membeli Flycam nano seperti dalam link, dan qualitinya sangat baik. Dan jika anda nak tahu, video dalam link tersebut dibuat ketika saya membeli Flycam itu.. memandangkan saya adalah pembeli pertama Flycam Nano, so cina tu nak demonstrate sikit cara penggunaan flycam. Tu saya punya la tu, yg tokey cina tu pegang. :)


Mungkin juga boleh gunakan wondlan. Saya dapati produk ini bagus juga, berkualiti tinggi dan low-cost. Tapi saya tak pernah mencuba. Sebelum saya membeli Flycam Nano, wondlan adalah pilihan pertama saya sebelum ini. Ini contoh video menggunakan stabilizer wondlan. Link.

Tanpa stabilizer.. anda takkan mampu menghasilkan video yang baik. Percayalah.


********

Ok, inilah ketiga-tiga perkara paling penting dalam langkah pertama menceburi bidang DSLR Videography.. Dan ingat, jangan kurang satupun daripada 3 perkara ini, kalau tak anda takkan dapat pergi jauh dalam bidang ini.

Berkata tentang Bajet; ini saya tulis bajet saya;

Camera 550D dengan Kit lens dan 50mm : RM3300
Memori Card 16 GB, class 10 : RM 200
Tripod : RM 200
Flycam Nano : RM 900
Beg camera dan lain-lain : RM 300

Jumlah : RM 4900.


Jumlah ini tidak tepat, tapi estimation lebih kurang macam itulah.. Harapnya entry ni bermanfaat. Sebarang pertanyaan, saya berbesar hati untuk menjawabnya.

Voice Of Students

Video 'Voice of students' telah dibuat bersempena dengan Hari Akademik ISMA Mesir 2010 yang lalu. Video ini diilhamkan daripada Fifty Peoples One question, dan saya menggunakan konsep yang sama; iaitu interview secara spontan. Apa yang anda dengar dalam video ini adalah semuanya kata-kata spontan, tanpa latihan sedikitpun. Saya tanya soalan on the spot, jumpa dan terus tanya soalan.

Equipment : Tripod (normal pan-head), Canon EOS 550D, dan Radioshack Microphone.

Editing : Sony Vegas Platinum 9.0





Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan video ini. :)



Selingan; Video Promo Hari Akademik ISMA 2010.

Video lame yang sangat noob~

Salam.. Aku malu untuk letak videos ni. Tapi takpe la, saje-saje nak kongsi dengan korang. Macam mana video aku time memule 'terjebak' dalam bidang ini. Aku tau video ni banyak sangat kekurangan, korang jangan la komen kaw-kaw pulak ok. haha.

Video pertama dibuat untuk progran di Ruman Negeri Sembilan, Kaherah. Tentang Ain Shams University, dan Cairo University. Kirenye macam pengenalan la, untuk ustaz dan ustazah serta adik-adik yang baru ni.



Aduh... teteibe rasa menyesal buat video ni. haha. Tapi takpe, kite belajar sikit-sikit la kan. Orang tua-tua kate, "a journey of a thousand miles starts with a single step". Ini ketika aku merangkak dulu, kononnya nak buat efek-efek la.. last-last jadila video yang entah ape-ape ni. haha. BTW, ok la kan, kire informative jugak la. Ke camne?


*********************************


Ok, ini pulak video yang aku buat ketika sorang-sorang dok umah. Time ni dah bosan bace buku, so aku stop jap untuk buat video. Bertajuk "LIfe", tentang ape yang aku rasa dalam kehidupan kat Mesir ni.



Macam perasan kan? sorang-sorang shooting, lepas tu buat video. hehe. Takpe la.. inipun salah satu steps aku time awal-awal dulu. Banyak bende yang aku belajar kat mesir ni, banyak mematangkan aku tentang kehidupan dan berdikari. Dan inilah secebis point yang aku nak kongsi dengan korang.

*************

Ok, video ni pulak aku buat lepas subuh. Ketika aku tinggal di Abu Rish. Aku ingat lagi, lagi 3 minggu nak exam Pharma, aku rase bosan sangat.. then aku g buat video. Time ni pagi lagi, semua orang tidur. Biasela, ahli rumah aku macam 'kelawar' bile dah dekat exam, study malam-malam sampai tak tidur, then lepas subuh.. sume masuk 'sarang' masing2.



Video ni pun, aku buat saje-saje, tapi still aku akan letakkan nasihat-nasihat yang bermanfaat. Supaya ape yang aku buat, takla sia-sia kan..

******************

Jadi, inilah beberapa video aku yang sangatla 'noob', kadang-kadang bile aku tengok balik, rase segan sangat. Tapi lepas aku muhasabah balik.. Aku takkan tahu skil-skil shooting dan editing tanpa aku buat semua ni. Kita belajar dari bawah, kita bermula dengan kosong. Dan kita belajar dari kesilapan. Dan akhirnya jadilah kita yang sekarang ini.

Ok, kalau korang rajin silala tinggalkan komen, aku nak jugak tau ape pandangan korang tentang video-video 'noob' aku ni. Tenkiu sudi bace dan tengok video. :)

Akhirnya Kutemui

Short movie pertama yang pernah saya buat; bertajuk "Akhirnya Kutemui"



Video ini telah saya buat tahun lepas, 2010. Iaitu ketika saya tahun tiga. Sebenarnya video ini adalah video experimen, hanya cuba-cuba untuk buat short movie. Saya ingat lagi, petang tu sy bawa camera ke universiti then baru call Amerdad dan Saif Zorin. Nak shooting. Amerdad kate ok, tapi Saif ade keje sikit.

Then sy call Amir Fathi utk gantikan Saif. Amir kate die akan cuba. Habis je kelas deorang terus berlakon tanpa latihan. Saya just bagi script, kemudian deorang cakap dengan ayat sendiri. (Sebab tu ayat nampak berterabur sikit)

Selepas edited selama beberapa jam. Jadilah video experimen ni. Banyak kekurangan dalam video ini, memandangkan ia short movie pertama saya. Jadi, kalau ade komen, sila-silalah tulis ok. Thanks~

Tentang Blog ini

Assalamualaikum wbkt.

Ini adalah blog kedua saya, selain blog pertama yang kusus untuk tulisan dan pemikiran saya. Blog kedua ini lebih fokus kepada perkongsian dalam video production. Tips-tips dalam perkara teknikal serta teknik dalam pembikanan video yang telah saya explore. Pada mulanya saya berasa ragu-ragu untuk membuat blog ini, kerana saya bukanlah pelajar yang mengambil jurusan ini. Tapi untuk berkongsikan secebis pengalaman dan ilmu dalam video production, saya buat blog ini. Moga bermanfaat untuk saya sebagai latihan, dan boleh membantu mereka yang baru ingin menceburi bidang videography.

Idea asal untuk membuat blog ini untuk sebagai medan perkongsian dan maklumat bagi mereka yang mempunyai minat yang sama dengan saya; DSLR Videography. Ketika mula-mula saya cuba masuk dalam bidang ini, saya menghadapi kesusahan untuk mendapatkan tips-tips dalam pembikinan filem. Seolah-olah maklumat yang banyak dalam internet tidak tersusun dalm bentuk yang mudah untuk menjadi rujukan ringkas. Jadi, saya cuba membuat pengumpulan terhadap apa yg telah saya explore.

Entry dalam blog ini akan sangat berbeza dari blog pertama saya, bahasanya mungkin bahasa rojak (BM+BI), tiada gaya bahasa, tiada sajak, tiada puisi dan sebagainya.. hanya tumpu kepada point utama; Video Production. Agar lebih simple dan ringkas, mudah orang nak faham.

Saya bukan professional, jadi saya sentiasa harapkan segala teguran dan cadangan sekiranya saya silap.. dan dalam memperbaiki kekurangan saya. Sama-sama kita bekerjasama dalam kebaikan.

Inilah blog video saya, ia tentang;
1) Mengumpulkan semua video saya
2) Perkara-perkara teknikal dalam videography
3) Berkaitan dengan DSLR videography
4) Update projek-projek Brainpower Production

Sekian.

Hazim Azhar
Manager
Brainpower Production


P/S: Jangan lupa follow kami di Brainpower Production;