Friday 8 February 2013

Psikologi Dalam Filem Pendek (Bahagian Kedua)


Skill Editing Dan Soundtrack

Editing adalah langkah yang paling penting dalam menghasilkan video yang baik. Sejauh mana keberkesanan video bergantung kepada skill mengedit video seorang editor. Kaedah mengedit perlu selari/synchronize dengan soundtrack. Sebab itu saya menulis bahagian kedua ini dengan menggabungkan Editing dan Soundtrack.

Ciri-ciri editing yang baik :

1) Kemas dan clear.
2) Video selari/synchronize dengan mood soundtrack.
3) Simple dan professional.
4) Catchy dan tidak terlalu panjang dalam satu shot.
5) Teliti dan perfect.



Kaedah editing yang saya lakukan setiap kali mengedit video:

  1. Memilih soundtrack terbaik. Biasanya pemilihan soundtrack memakan masa sehingga berjam-jam, adakalanya sehingga 4 ke 5 jam. Bagi saya, soundtrack akan menentukan sejauh mana video berkesan dan menarik. Jadi, sebelum anda mengedit video, pastikan anda telah memilih soundtrack terbaik.

  2. Mengedit video mengikut rentak irama soundtrack. Sebab itulah seorang editor video perlu menggunakan headphone/earphone, untuk mendengar soundtrack dengan teliti. Satu per satu, scene bertukar pada rentak yang terkuat/prominent. Contohnya ada bunyi drum yang kuat pada soundtrack tersebut, maka split/cut video anda ketika itu dan masukkan ke shot lain. Ini akan membuatkan penonton menjiwai video tersebut dengan sebenarnya.
     
  3. Mengedit dengan hati. Sebagai editor, kita perlu menjiwai setiap detik ketika mengedit video, sebab itulah saya kebiasaannya akan menghabiskan masa lebih 6 jam adakalanya sehingga sehari suntuk. Tidak terasa masa berlalu kerana asyik menjiwai video yang sedang diedit. Ketika mengedit, kita perlu meletakkan diri sebagai penonton, jika kita sendiri rasa bosan ketika editing, percayalah.. video tersebut akan bosan.

  4. Ulang beberapa kali video yang telah diedit sebelum anda menambah scene lain untuk diedit. Ini akan memastikan mood scene tersebut tidak terpisah dengan mood sebelumnya. Malah adakalanya saya sehingga menghafal setiap dialog pelakon saya kerana telah berpuluh-puluh kali mengulang setiap scene ketika mengedit video tersebut.



Soundtrack

  1. Setiap muzik mempunyai mood yang tersendiri dan kita perlu mengetahui apakah mood muzik tersebut. Sebagai seorang editor, pemilihan soundtrack kita lakukan berdasarkan apakah mood video kita. Adakah video tersebut sedih, rileks, epic dan sebagainya. Kemudian barulah kita tahu muzik bagaimanakah yang terbaik untuk video kita.

  2. Pastikan soundtrak benar-benar mempunyai kualiti yang tinggi, kerana video yang berkualiti hanya layak mempunyai audio yang mantap.


Kesimpulan :

Skill editing dan pemilihan soundtrack adalah skill yang perlu dibentuk sendiri, setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza dan ia bergantung kepada sejauh mana usahanya. Apapun, kunci utama untuk kita mempunyai editing terbaik adalah dengan mempunyai menjiwai kerja tersebut.

Secara peribadi, saya sangat menjiwai video saya ketika mengedit sehingga adakalanya saya tidak peduli apakah yang sedang berlaku di persekitaran saya. Fokus dan menjiwai dengan hati, adalah cara untuk melahirkan ketelitian. Video kita hanya mempunyai masa 6 minit, maka letakkan tumpuan kita pada setiap detik video tersebut.

Apa-apa yang lahir daripada hati akan pergi tepat ke hati. 
Itulah yang saya percaya.




Tamat bahagian kedua.





Wednesday 6 February 2013

Psikologi Dalam Filem Pendek (Bahagian Pertama)


PERHATIAN : Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis dalam pembikinan filem, tidak berdasarkan sumber professional dan kursus intensif. Jadi mungkin terdapat kekurangan dan kesilapan dalam maklumat jika dibandingkan dengan sumber yang lebih tepat. Namun penulis hanya ingin berkongsi secebis catatan dan kaedah untuk membikin sebuah filem pendek yang berkesan. Harap bermanfaat.

*******
Filem merupakan salah satu cabang media yang besar, ia mempunyai kuasa mengawal emosi dan menyalurkan idea selain hiburan. Sebagai seorang pengarah filem, kita perlu mempunyai beberapa skill basic untuk menjadikan kita boleh membaca, menilai, dan berfikir untuk membikin filem yang baik. Ia bukan hanya pandai mengedit atau membuat jalan cerita semata-mata, tapi tahu skill menjadikan video tersebut berkesan di hati penonton. Maka dengan ini, saya kongsikan serba sedikit kaedah membikin filem yang mengesani psikologi penonton.


Beberapa faktor yang menentukan sejauh mana keberkesanan video:

  •         Jalan Cerita
  •         Skill editing
  •         Soundtrack
  •         Lakonan

Jalan Cerita (Storyline)
   
 Secara umum ada 2 jenis filem pendek;
1.       Genre Drama (mempunyai jalan cerita berbentuk kronologi)
2.       Genre Kreatif (jalan cerita yang terpulang kepada pembikin filem memerah idea, menjadikan jalan cerita yang tersendiri)

           Beberapa elemen yang menjadikan filem menarik :

1.       Unexpected. Penonton akan berasa kagum dengan jalan cerita yang tidak dapat diduga atau dijangka. Ia ibarat satu misteri dan puzzle yang menjadikan penonton tertanya-tanya apakah yang akan berlaku selepasnya.

2.       Mesej baik. Mesej adalah nilai atau isi yang paling penting dalam sesebuah jalan cerita. Tanpanya, walaupun video sangat menarik tapi penonton tidak akan merasakannya berharga kerana tidak mendapat apa-apa selain hiburan.

3.       Perasaan manusia. Ini adalah elemen yang menjadikan filem lebih hidup dan real, seperti persahabatan dan kasih sayang kepada keluarga. Cara untuk memasukkan elemen perasaan ialah dengan; pertamanya tunjukkan bahawa mereka saling memerlukan dan baik, kemudian berlaku konflik atau salah faham. Dengan adanya konflik, perasaan manusia akan lebih jelas kelihatan dan mengesani penonton.

4.       Kepelbagaian dan hubungan sesama scenes. Maksud saya di sini ialah, hubungan antara satu scene dengan scene yang lain. Ia ibarat pada asalnya ada 2 scene yang berbeza, kemudian ada satu titik yang menghubungkan 2 scenes tersebut dan barulah penonton faham hubungan antara satu dengan lain.


Cara untuk membina sebuah jalan cerita adalah dengan demikian :

1.       Tetapkan tujuan atau matlamat yang ingin dicapai dalam filem. Ia penting untuk menjadi asas kepada jalan cerita, ibarat menyediakan jenis tanah yang menentukan pokok apakah yang akan ditanam. Dengan jelasnya matlamat dan nilai-nilai yang ingin diterap dalam filem, pembinaan jalan cerita akan lebih terpandu dan mudah.

2.       Tetapkan tempoh filem tersebut, sama ada filem pendek sekitar 5-10 min, ataupun filem panjang seperti 30 min. Ia penting untuk menentukan sejauh mana kita perlu kembangkan jalan cerita.

3.       Mencari konsep jalan cerita. Ia lebih kepada genre filem tersebut, sebagai contoh yang telah saya tuliskan di atas; Jika genre drama, konsep jalan ceritanya lebih berbentuk kronologi dan klise secara umum. Terdapat pendetailan satu per satu pembinaan scenes.  Tapi jika genre kreatif, konsep jalan ceritanya lebih kepada ‘twist’ atau memusingkan jalan cerita mengikut skill pembikin filem, ia lebih luas dan tak terhad kepada apa-apa rule. Kebiasaannya genre kreatif akan kurang sedikit elemen perasaan manusia, ia lebih kepada sesuatu yang unexpected.

4.       Menentukan synopsis jalan cerita. Sinopsis tersebut seharusnya hanya dapat diterangkan dalam satu ayat, ia adalah idea asal sebelum dikembangkan. Mana-mana filem panjang pun akan dapat dipendekkan jalan ceritanya dalam satu ayat ringkas. Jadi sebelum menjadikan jalan cerita berkembang, kita perlu jelas apakah idea asal jalan cerita tersebut.

5.       Menetapkan klimaks. Klimaks adalah antara perkara paling utama dalam sebuah jalan cerita, ia ibarat puncak bagi semuah gunung. Semakin tinggi kita tetapkan puncak tersebut, semakin menarik dan mencabarlah pendakian ke puncaknya. Klimaks adalah scene paling mendebarkan, ia adalah turning point sebelum segala persoalan terjawab.

6.       Membuat intro dan perkembangan(exposure). Perkembangan boleh dibuat berdasarkan nilai-nilai yang telah digariskan sebelum membuat jalan cerita. Letakkan dalam satu scene, nilai apa yang ingin ditunjukkan. Kemudian kita buat satu senario yang menerangkannya. Kemudian berpindah kepada scene seterusnya, kita letakkan nilai atau point lain. Sehinggalah mencapai klimaks. Jadi untuk menjadikannya jalan cerita menarik, setiap pengembangan antara satu scene ke scene yang seterusnya, konflik semakin tegang, tekanan semakin kuat sehinggalah tiada lagi solusi. Penonton akan terasa sempit dan kasihan ketika ini dan masuklah klimaks yang menjadi turning point kepada semuanya.

Sebagai contoh dalam filem ‘Hilang’, intro awalnya pengenalan watak utama dan kawannya. Kemudian dompetnya hilang,  konflik berlaku dengan watak utama mengesyaki kawan baiknya yang mencuri. Ia dikuatkan lagi dengan ahli rumahnya yang menceritakan kawan tersebut telah masuk biliknya semalam. Maka watak utama menuduh sahabatnya sehinggalah putus persahabatan mereka, dan dia tetap mencari dan teruskan mencari. Sehinggalah sampai satu tahap dia sanggup dipukul dan bergelumang dengan sampah, hanya untuk mendapatkan dompetnya. Inilah klimaks cerita tersebut. Dan peleraiannya dengan sahabat baiknya juga yang menyedarkannya semula dan mereka berbaik kembali.

7.       Membuat peleraian dan outro. Peleraian adalah scenes yang berlaku selepas klimaks, ia lebih kepada solusi kepada semua permasalahan yang berlaku dalam scenes yang lepas. Outro pula adalah pengakhir kepada jalan cerita, jalan cerita yang baik adakalanya tergantung dan terpulang kepada penonton untuk menentukannya. Tapi kaedah ini ada kekurangannya, adakalanya maksud yang kita ingin sampaikan tidak terlaksana. Maka tetapkanlah outro sebaiknya. Outro yang baik juga adakalanya unexpected, tidak dapat difikirkan oleh penonton.

Dalam filem HILANG contohnya, saya sengaja untuk menunjukkan dompet yang dicari sebenarnya hanya terjatuh di bawah katil. Ini memberi mesej bahawa sebenarnya masalah yang Nampak besar, sebenarnya taklah besar manapun. Dan juga dalam setiap masalah, kita harus melihat diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.              

*Kesimpulan : Jalan cerita yang baik mempunyai kriteria-kriteria yang telah saya tuliskan di atas, mungkin ianya tidak lengkap tapi ia boleh menjadi asas untuk membuat satu jalan cerita yang lengkap. Penambahan elemen ‘flash back’, atau yang lebih catchy seperti action, bergaduh dan mencemaskan adalah tarikan kepada jalan cerita. Kelainan merupakan satu tarikan, adakalanya elemen seperti ini perlu dimasukkan supaya tidak terlalu tipikal, contohnya watak pelajar terlalu tipikal, apa kata dimasukkan watak pelajar yang sedang bermain bola atau piano dan sebagainya.. ia lebih menarik.

Apapun, semuanya terpulang kepada pengarah filem untuk menentukan jalan cerita terbaik, dan perkara seni lahir daripada dalam hati, ia tidak dapat diajar dan tidak mempunyai cara khas untuk mendapatkannya. Pengarah filem perlu mencari skill tersebut dengan pengalaman demi pengalaman, kegagalan demi kegagalan.


Contoh yang saya tuliskan di atas (Filem HILANG)






Tamat bahagian pertama.