Tuesday 4 January 2011

Basic dalam DSLR Videography

Ramai orang menganggap, selepas mempunyai camera boleh terus buat video dengan baik. Sebenarnya bukan semudah yang disangka. Mempunyai camera sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan video yg berkualiti. Ini list yang paling basic untuk menceburi bidang DSLR videography.

1) Camera
2) Memory Card
3) Stabilizer


Camera Dan Lens

Camera yang paling famous dan terbaik dalam DSLR videography ialah Canon EOS 5D Mark II. ia sangat berkualiti dan canggih, dan merupakan pilihan pertama bagi mereka yang professional dalam bidang ini. Masalahnya satu saja, mahal (Lebih kurang RM 7000 body shj). Kos yang tinggi membuatkan ramai tidak mampu membelinya. Pilihan kedua ialah Canon EOS 7D (RM 4500 body shj). Dan yang ketiga sama ada Canon 60D atau Canon EOS 550D.

Bagi saya, yang terbaik bagi mereka yang ingin jimat dan berkualiti tinggi; Canon EOS 550D. Ini adalah yang terbaik bagi seorang pelajar yang masih menuntut. Kualitinya hampir-hampir sama dengan 7D kerana menggunakan sensor yang sama; APS-C CMOS sensor. Jadi kualiti videonya hampir sama dengan 7D, sehingga dipangil "baby 7D". Nama lain bagi 550D ialah Rebel T2i di North America dan Kiss X-4 di Jepun. Jadi, 550D, T2i dan Kiss X4 adalah camera yang sama.. cuma nama saja berbeza. Bajet untuk membeli 550D ialah RM3000.


Antara kelebihan 550D dalam videography ialah, ia boleh manual control ISO, shutter speed, apreture, white balance dan lain-lain ketika video mode. Ini berbeza dengan Canon EOS 500D yang hanya mempunyai automatik kontrol.

Pemilihan camera sangat penting, kerana merupakan kunci dan asas yang paling penting untuk pergi jauh. Kenapa? sebab camera yang terbaik untuk video shooting ialah yang boleh kontrol manual semua function. Ramai yang menganggap automatik lebih baik kerana mudah, tapi hakikatnya berbeza dalam bidang videography. Sejauh mana camera itu boleh menually setting, sejauh itulah ia terbaik. Ingat point ini, camera terbaik dalam video ialah yang paling banyak manual setting. Insyaallah, kalau ada masa saya akan menerangkan tentang setting camera dalam post akan datang.

Dalam pemilihan camera untuk shooting, antara perkara perlu diambil kira ialah;

1) Quality video dan audio
2) Manually Setting
2) Bajet kewangan

Jadi apa yang perlu dibuat sebelum membeli camera ialah, explore habis-habisan tentang camera terbaik untuk video dan fikirkan berdasarkan bajet. Dan bagi saya, yang terbaik adalah 550D; camera saya sekarang.

Saya minta maaf kepada pengguna camera Nikon, kerana setakat yang saya explore dan tahu.. Canon lebih baik daripada Nikon dalam Video. :)



Memory Card

Ramai orang tidak tahu tentang ini. Memori card sangat penting dalam video shooting. Ada pelbagai jenis memori card, dan yang paling common dan famous ialah SDHC card. Dan SDHC card mempunyai banyak class; class 2, 4, 6, 10 dan lain-lain. Class ini menunjukkan tahap kelajuan dan performance memory card itu boleh menyimpan maklumat. Untuk Video shooting, ia perlukan memory card yang sekurang-kurangnya class 6. Saya menggunakan class 10, dan tiada masalah langsung dalam video shooting. Sekiranga anda hanya menggunakan class 2 atau 4... anda tidak akan dapat record video dengan 1280x720, 60fps (HD) dengan baik. Sama ada ia akan tersekat-sekat atau ia tak mampu untuk record. The camera will automatically stop recording.

Selain class.. saiz juga sangat penting. 16 GB memory card adalah terlalu besar untuk photography, tapi untuk videography.. ia adalah paling minimum. 16 GB membolehkan kita recording dalam tempoh 30 min (lebih kurang) sahaja! Kebanyakan forum yang saya baca, mereka menggunakan 64GB. Semakin besar saiz dan class.. semakin mahal.

Saya cadangkan anda membeli memory card yg low-cost, 16 GB class 10 dengan harga RM 200 lebih. Ada yang mahal, sehingga RM 300 lebih dan lebih tinggi.. tapi yang low-cost sudah memadai. Ini memori card yg saya beli.





Stabilizer

Ini juga persoalan yang sangat-sangat basic dalam video shooting. Ia berfungsi untuk menstabilkan camera kita. Camera DSLR adalah tidak stabil sekiranya hanya hand-held, dan ia sangat memerlukan stabilizer, untuk shoot dengan baik. Saya akan nyatakan beberapa stabilizer yang basic.

1) Tripod
2) Hand-held stabilizer (Glidecam, Flycam etc.)
3) Shoulder Rig

Pertamanya tripod. Tripod adalah asas dalam video shooting, tanpanya kita tak mampu untuk shooting denga baik. Untuk video, antara yang terbaik ialah fluid-head tripod. Ia mahal, tapi sangat baik untuk pergerakan yang smooth dan pro. Boleh juga menggunakan ball-head dan pan-head sebagai alternatif. Normal pan-head adalah tripod biasa yang anda jumpa. Dan ia sudah memadai untuk membantu kita.

Kedua tentang hand-held stabilizer. Antara yang world-class ialah steadicam. Harganya agak tinggi selari dengan kualitinya. Pilihan kedua ialah Glidecam. Untuk DSLR, saya cadangkan Glidecam HD 2000 atau 1000. HD 4000 adalah untuk camera video yang besar. Dan kedua-dua produk ini sangat susah dijumpai di Malaysia kerana mungkin permintaannya minimum. Anda boleh menggunakan ebay untuk menempahnya.

Alternatif stabilizer yang saya rekomen untuk mereka yang inginkan low-cost dna berkualiti ialah; Flycam. Saya telah membeli Flycam nano seperti dalam link, dan qualitinya sangat baik. Dan jika anda nak tahu, video dalam link tersebut dibuat ketika saya membeli Flycam itu.. memandangkan saya adalah pembeli pertama Flycam Nano, so cina tu nak demonstrate sikit cara penggunaan flycam. Tu saya punya la tu, yg tokey cina tu pegang. :)


Mungkin juga boleh gunakan wondlan. Saya dapati produk ini bagus juga, berkualiti tinggi dan low-cost. Tapi saya tak pernah mencuba. Sebelum saya membeli Flycam Nano, wondlan adalah pilihan pertama saya sebelum ini. Ini contoh video menggunakan stabilizer wondlan. Link.

Tanpa stabilizer.. anda takkan mampu menghasilkan video yang baik. Percayalah.


********

Ok, inilah ketiga-tiga perkara paling penting dalam langkah pertama menceburi bidang DSLR Videography.. Dan ingat, jangan kurang satupun daripada 3 perkara ini, kalau tak anda takkan dapat pergi jauh dalam bidang ini.

Berkata tentang Bajet; ini saya tulis bajet saya;

Camera 550D dengan Kit lens dan 50mm : RM3300
Memori Card 16 GB, class 10 : RM 200
Tripod : RM 200
Flycam Nano : RM 900
Beg camera dan lain-lain : RM 300

Jumlah : RM 4900.


Jumlah ini tidak tepat, tapi estimation lebih kurang macam itulah.. Harapnya entry ni bermanfaat. Sebarang pertanyaan, saya berbesar hati untuk menjawabnya.

17 comments:

  1. Assalamualaikum .

    just nak tnye. sy pernah rakam video dgn memory card class 4. masa rakam dan tengok live kat kamera memang ok. tapi bila copy masuk dlm laptop dan tengok dlm laptop, serius tersekat-sekat. hmmm, ada apa2 cara tak yg boleh dibuat masa editing utk bg smooth selain dr sepatutnya pakai memory card yg macam awak cakap tu(Dah penat rakam banyak2. sat lg, nak edit tersekat-sekat plak kan. Tak nak buat 2 kali kerja, kena p rakam balik smula -.-' Can you get what I mean? huhu.)

    Oh, Im also using 550D.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.. Ok kalau cmtu, ade 2 possibilities;

    1) Video sbenarnye ok dan tak tersekat, tersekat bile preview dlm laptop sbb format die HD dan laptop saudara/i tak install lagi codec. So, kalau masuk editing software, edit dan render... tiada masalah tersekat2 pada footages yg telah dirakam.

    2) Memang video tersekat2 sbb memory card.

    Bagi saya, pesibility yg 1st lebih tepat. Sbb sy pn pernah menghadapai masalah ni, iaitu masalah preview pada laptop saje. Cube try gune video player yang berbeza, mungkin video yg tersekat2 tadi nmpak ok.

    Try dulu.. nanti kalau ade masalah boleh contact emel sy di mushahid89(at)y.c.my

    ReplyDelete
  3. Oo..okay. Faham. Sy ad send satu email dekat awk. Ad something yg blur2 lg pasal video editing ngan HD format ni. Nti try check email kay. Much thanks and jazakallah. :)

    ReplyDelete
  4. saya baru beli flycam nano dslr. pakai 60d with 55mm F1.8 lens..bersama videomic pro.. susah la nak balance.. ada cara tk? berapa keping plate washer yg perlu letak utk imbang?

    ReplyDelete
  5. nak imbangkan memang akan ambil mase sket. dan sy pn belajar dari dlm utube je, care die same dgn nak balance glidecam. Cube search kat utube. nak terangkan boleh, cume agak complicated sket, kene tunjuk melalui video baru mudah.

    mungkin boleh panjangkan batang die dan guna plate seminimum yg boleh. kalau still tak boleh balance, bgtau balik dn sy akan cari video kat utube yg sy gunakan utk belajar balance flycam k.

    ReplyDelete
  6. Saya nak tanya , apa saya perlu buat ya untuk mengatasi bila saya merekod video sebab dia stop sendiri . boleh rakam dalam 8 saat je ... saya menggunakan Canon eos 600D

    ReplyDelete
  7. sori lambat sket reply..

    Mengikut pengalaman saya yang cetek, mungkin disebabkan memory card, class die tak cukup tinggi (minimum utk video class 6, better class 10) so, die akan stop tibe2 waktu shooting.

    Cube try higher class Memory card dlu, maybe try kawan punye ke.. kalau tak berlaku lagi masalah ni, so boleh la beli memory card lain k..

    ReplyDelete
  8. ASsalammualaikum..
    nak tanya saya guna canon DSLR 1000D,,selama ni saya guna tuk ambik gambar ja,..saya baru nak blajar nak ambik vedio,,so apa yang saya patut ade? kena ada software ke? saya selama nie blajar sendiri ja..

    tq..

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam. sorry for the late reply.

    1000D tak boleh record video kalau tak silap kan? start daripada EOS 500D, 550D, 600D, 60D, 7D, 5D mark II, 1D je yang boleh kalau tak silap.

    Ye, editing software memang perlu ada. Basically perlu ade camera dgn aksesori mcm kat atas, editing software.. tu je la basicnya. dah ade tu, dah boleh dah buat video.

    ReplyDelete
  10. salam bro hazim azhar..
    boleh bagi alamat mana bro beli flycam nano & harganya?

    ReplyDelete
  11. salam, i tried to find their website but sy lupe la name company die ape. Ade kat KL. Kedai deorg jual video equipments mainly.

    Tp personally, sy lebih prefer brand lain selain flycam nano. Cube try cari Glidecam HD 2000. Ini lebih quality dan better.

    ReplyDelete
  12. salam..nak tnye,kalau sy shoot vdeo gune canon eos550d slalu jd stop automatically,padahal xabes lg shoot,n kadang2 xsmpi 1 minit pon..knp ek?

    ReplyDelete
  13. laaa..no wonder la bila aku record guna 1280x720, dapat 5 seconds je..padahal mc aku pakai 32G..tp class 4...huhuuu..kena carik clas 6 ke atas la nampaknye..Thanks bro

    ReplyDelete
  14. Salam bro...Kalau Xguna flycam tp guna rig je boleh x......Lg 1 full frame penting ke? Ke crop je dh memadai....

    ReplyDelete
  15. hi, saya ada beli flycam nano dslr, tengah balance 550d dengan kit len 18-55mm. ada tak video balance pakai camera ni? pemberat hanya minimum shj saya pakai 1 container 1 pemberat. maknanya 2 container 2 pemberat. i rasa i punya camera ringan.... mcm mane nak balance ye?

    ReplyDelete
  16. Assalam....nampaknya saya tak jadi nak tanya kerana persoalan saya dah terjawab dari
    forum disini.Ingatkan 550d tak smart untuk video rupa2nya masalah card.
    terima kasih untuk penanya dan terimakasih banyak untuk penjawap.

    ReplyDelete
  17. salam..trima kasih ats info trsebut..tumpang tnya, saya mnggunakn class 6 tapi 8gb. 30mb/s tapi masih movie recording stopped automatically. class dah ok plg min 6 tp kenapa stop tiba2 dalam 8 saat lepas record. mohon pencerahan. tq

    ReplyDelete