Friday 8 February 2013

Psikologi Dalam Filem Pendek (Bahagian Kedua)


Skill Editing Dan Soundtrack

Editing adalah langkah yang paling penting dalam menghasilkan video yang baik. Sejauh mana keberkesanan video bergantung kepada skill mengedit video seorang editor. Kaedah mengedit perlu selari/synchronize dengan soundtrack. Sebab itu saya menulis bahagian kedua ini dengan menggabungkan Editing dan Soundtrack.

Ciri-ciri editing yang baik :

1) Kemas dan clear.
2) Video selari/synchronize dengan mood soundtrack.
3) Simple dan professional.
4) Catchy dan tidak terlalu panjang dalam satu shot.
5) Teliti dan perfect.



Kaedah editing yang saya lakukan setiap kali mengedit video:

  1. Memilih soundtrack terbaik. Biasanya pemilihan soundtrack memakan masa sehingga berjam-jam, adakalanya sehingga 4 ke 5 jam. Bagi saya, soundtrack akan menentukan sejauh mana video berkesan dan menarik. Jadi, sebelum anda mengedit video, pastikan anda telah memilih soundtrack terbaik.

  2. Mengedit video mengikut rentak irama soundtrack. Sebab itulah seorang editor video perlu menggunakan headphone/earphone, untuk mendengar soundtrack dengan teliti. Satu per satu, scene bertukar pada rentak yang terkuat/prominent. Contohnya ada bunyi drum yang kuat pada soundtrack tersebut, maka split/cut video anda ketika itu dan masukkan ke shot lain. Ini akan membuatkan penonton menjiwai video tersebut dengan sebenarnya.
     
  3. Mengedit dengan hati. Sebagai editor, kita perlu menjiwai setiap detik ketika mengedit video, sebab itulah saya kebiasaannya akan menghabiskan masa lebih 6 jam adakalanya sehingga sehari suntuk. Tidak terasa masa berlalu kerana asyik menjiwai video yang sedang diedit. Ketika mengedit, kita perlu meletakkan diri sebagai penonton, jika kita sendiri rasa bosan ketika editing, percayalah.. video tersebut akan bosan.

  4. Ulang beberapa kali video yang telah diedit sebelum anda menambah scene lain untuk diedit. Ini akan memastikan mood scene tersebut tidak terpisah dengan mood sebelumnya. Malah adakalanya saya sehingga menghafal setiap dialog pelakon saya kerana telah berpuluh-puluh kali mengulang setiap scene ketika mengedit video tersebut.



Soundtrack

  1. Setiap muzik mempunyai mood yang tersendiri dan kita perlu mengetahui apakah mood muzik tersebut. Sebagai seorang editor, pemilihan soundtrack kita lakukan berdasarkan apakah mood video kita. Adakah video tersebut sedih, rileks, epic dan sebagainya. Kemudian barulah kita tahu muzik bagaimanakah yang terbaik untuk video kita.

  2. Pastikan soundtrak benar-benar mempunyai kualiti yang tinggi, kerana video yang berkualiti hanya layak mempunyai audio yang mantap.


Kesimpulan :

Skill editing dan pemilihan soundtrack adalah skill yang perlu dibentuk sendiri, setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza dan ia bergantung kepada sejauh mana usahanya. Apapun, kunci utama untuk kita mempunyai editing terbaik adalah dengan mempunyai menjiwai kerja tersebut.

Secara peribadi, saya sangat menjiwai video saya ketika mengedit sehingga adakalanya saya tidak peduli apakah yang sedang berlaku di persekitaran saya. Fokus dan menjiwai dengan hati, adalah cara untuk melahirkan ketelitian. Video kita hanya mempunyai masa 6 minit, maka letakkan tumpuan kita pada setiap detik video tersebut.

Apa-apa yang lahir daripada hati akan pergi tepat ke hati. 
Itulah yang saya percaya.




Tamat bahagian kedua.





1 comment:

  1. Assalam.. Mohon utk share tips pembikinan video pendek anda dgn saya.. rasanya bnyk tips yg berguna yg anda telah nyatakan.. terima kasih di atas perkongksian ilmu ini..

    ReplyDelete