Skill Editing Dan Soundtrack
Editing adalah langkah yang paling penting dalam menghasilkan video yang baik. Sejauh mana keberkesanan video bergantung kepada skill mengedit video seorang editor. Kaedah mengedit perlu selari/synchronize dengan soundtrack. Sebab itu saya menulis bahagian kedua ini dengan menggabungkan Editing dan Soundtrack.
Ciri-ciri editing yang baik :
1) Kemas dan clear.
2) Video selari/synchronize dengan mood soundtrack.
3) Simple dan professional.
4) Catchy dan tidak terlalu panjang dalam satu shot.
5) Teliti dan perfect.
Kaedah editing yang saya lakukan setiap kali mengedit video:
Memilih soundtrack terbaik. Biasanya pemilihan soundtrack memakan masa sehingga berjam-jam, adakalanya sehingga 4 ke 5 jam. Bagi saya, soundtrack akan menentukan sejauh mana video berkesan dan menarik. Jadi, sebelum anda mengedit video, pastikan anda telah memilih soundtrack terbaik.
Mengedit video mengikut rentak irama soundtrack. Sebab itulah seorang editor video perlu menggunakan headphone/earphone, untuk mendengar soundtrack dengan teliti. Satu per satu, scene bertukar pada rentak yang terkuat/prominent. Contohnya ada bunyi drum yang kuat pada soundtrack tersebut, maka split/cut video anda ketika itu dan masukkan ke shot lain. Ini akan membuatkan penonton menjiwai video tersebut dengan sebenarnya.
Mengedit dengan hati. Sebagai editor, kita perlu menjiwai setiap detik ketika mengedit video, sebab itulah saya kebiasaannya akan menghabiskan masa lebih 6 jam adakalanya sehingga sehari suntuk. Tidak terasa masa berlalu kerana asyik menjiwai video yang sedang diedit. Ketika mengedit, kita perlu meletakkan diri sebagai penonton, jika kita sendiri rasa bosan ketika editing, percayalah.. video tersebut akan bosan.
Ulang beberapa kali video yang telah diedit sebelum anda menambah scene lain untuk diedit. Ini akan memastikan mood scene tersebut tidak terpisah dengan mood sebelumnya. Malah adakalanya saya sehingga menghafal setiap dialog pelakon saya kerana telah berpuluh-puluh kali mengulang setiap scene ketika mengedit video tersebut.
Soundtrack
Setiap muzik mempunyai mood yang tersendiri dan kita perlu mengetahui apakah mood muzik tersebut. Sebagai seorang editor, pemilihan soundtrack kita lakukan berdasarkan apakah mood video kita. Adakah video tersebut sedih, rileks, epic dan sebagainya. Kemudian barulah kita tahu muzik bagaimanakah yang terbaik untuk video kita.
Pastikan soundtrak benar-benar mempunyai kualiti yang tinggi, kerana video yang berkualiti hanya layak mempunyai audio yang mantap.
Kesimpulan :
Skill editing dan pemilihan soundtrack adalah skill yang perlu dibentuk sendiri, setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza dan ia bergantung kepada sejauh mana usahanya. Apapun, kunci utama untuk kita mempunyai editing terbaik adalah dengan mempunyai menjiwai kerja tersebut.
Secara peribadi, saya sangat menjiwai video saya ketika mengedit sehingga adakalanya saya tidak peduli apakah yang sedang berlaku di persekitaran saya. Fokus dan menjiwai dengan hati, adalah cara untuk melahirkan ketelitian. Video kita hanya mempunyai masa 6 minit, maka letakkan tumpuan kita pada setiap detik video tersebut.
Apa-apa yang lahir daripada hati akan pergi tepat ke hati.
PERHATIAN : Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis dalam pembikinan filem, tidak berdasarkan sumber professional dan kursus intensif. Jadi mungkin terdapat kekurangan dan kesilapan dalam maklumat jika dibandingkan dengan sumber yang lebih tepat. Namun penulis hanya ingin berkongsi secebis catatan dan kaedah untuk membikin sebuah filem pendek yang berkesan. Harap bermanfaat.
*******
Filem merupakan salah satu cabang media yang besar, ia mempunyai kuasa mengawal emosi dan menyalurkan idea selain hiburan. Sebagai seorang pengarah filem, kita perlu mempunyai beberapa skill basic untuk menjadikan kita boleh membaca, menilai, dan berfikir untuk membikin filem yang baik. Ia bukan hanya pandai mengedit atau membuat jalan cerita semata-mata, tapi tahu skill menjadikan video tersebut berkesan di hati penonton. Maka dengan ini, saya kongsikan serba sedikit kaedah membikin filem yang mengesani psikologi penonton.
Beberapa faktor yang menentukan sejauh mana keberkesanan video:
Jalan Cerita
Skill editing
Soundtrack
Lakonan
Jalan
Cerita (Storyline)
Secara umum ada 2 jenis
filem pendek;
1.Genre Drama (mempunyai
jalan cerita berbentuk kronologi)
2.Genre Kreatif (jalan cerita
yang terpulang kepada pembikin filem memerah idea, menjadikan jalan cerita yang
tersendiri)
Beberapa elemen yang
menjadikan filem menarik :
1.Unexpected. Penonton akan berasa kagum
dengan jalan cerita yang tidak dapat diduga atau dijangka. Ia ibarat satu
misteri dan puzzle yang menjadikan penonton tertanya-tanya apakah yang akan
berlaku selepasnya.
2.Mesej baik. Mesej adalah nilai atau isi
yang paling penting dalam sesebuah jalan cerita. Tanpanya, walaupun video
sangat menarik tapi penonton tidak akan merasakannya berharga kerana tidak
mendapat apa-apa selain hiburan.
3.Perasaan manusia. Ini adalah elemen yang
menjadikan filem lebih hidup dan real, seperti persahabatan dan kasih sayang
kepada keluarga. Cara untuk memasukkan elemen perasaan ialah dengan; pertamanya
tunjukkan bahawa mereka saling memerlukan dan baik, kemudian berlaku konflik
atau salah faham. Dengan adanya konflik, perasaan manusia akan lebih jelas
kelihatan dan mengesani penonton.
4.Kepelbagaian dan hubungan sesama scenes. Maksud saya di
sini ialah, hubungan antara satu scene dengan scene yang lain. Ia ibarat pada
asalnya ada 2 scene yang berbeza, kemudian ada satu titik yang menghubungkan 2
scenes tersebut dan barulah penonton faham hubungan antara satu dengan lain.
Cara untuk membina sebuah
jalan cerita adalah dengan demikian :
1.Tetapkan tujuan atau matlamat yang ingin
dicapai dalam filem. Ia penting untuk menjadi asas kepada jalan cerita, ibarat
menyediakan jenis tanah yang menentukan pokok apakah yang akan ditanam. Dengan
jelasnya matlamat dan nilai-nilai yang ingin diterap dalam filem, pembinaan
jalan cerita akan lebih terpandu dan mudah.
2.Tetapkan tempoh filem tersebut, sama ada
filem pendek sekitar 5-10 min, ataupun filem panjang seperti 30 min. Ia penting
untuk menentukan sejauh mana kita perlu kembangkan jalan cerita.
3.Mencari konsep jalan cerita. Ia lebih
kepada genre filem tersebut, sebagai contoh yang telah saya tuliskan di atas;
Jika genre drama, konsep jalan ceritanya lebih berbentuk kronologi dan klise
secara umum. Terdapat pendetailan satu per satu pembinaan scenes. Tapi jika genre kreatif, konsep jalan
ceritanya lebih kepada ‘twist’ atau memusingkan jalan cerita mengikut skill
pembikin filem, ia lebih luas dan tak terhad kepada apa-apa rule. Kebiasaannya
genre kreatif akan kurang sedikit elemen perasaan manusia, ia lebih kepada
sesuatu yang unexpected.
4.Menentukan synopsis jalan cerita. Sinopsis
tersebut seharusnya hanya dapat diterangkan dalam satu ayat, ia adalah idea
asal sebelum dikembangkan. Mana-mana filem panjang pun akan dapat dipendekkan
jalan ceritanya dalam satu ayat ringkas. Jadi sebelum menjadikan jalan cerita
berkembang, kita perlu jelas apakah idea asal jalan cerita tersebut.
5.Menetapkan klimaks. Klimaks adalah antara
perkara paling utama dalam sebuah jalan cerita, ia ibarat puncak bagi semuah
gunung. Semakin tinggi kita tetapkan puncak tersebut, semakin menarik dan
mencabarlah pendakian ke puncaknya. Klimaks adalah scene paling mendebarkan, ia
adalah turning point sebelum segala persoalan terjawab.
6.Membuat intro dan perkembangan(exposure).
Perkembangan boleh dibuat berdasarkan nilai-nilai yang telah digariskan sebelum
membuat jalan cerita. Letakkan dalam satu scene, nilai apa yang ingin
ditunjukkan. Kemudian kita buat satu senario yang menerangkannya. Kemudian berpindah
kepada scene seterusnya, kita letakkan nilai atau point lain. Sehinggalah mencapai
klimaks. Jadi untuk menjadikannya jalan cerita menarik, setiap pengembangan
antara satu scene ke scene yang seterusnya, konflik semakin tegang, tekanan
semakin kuat sehinggalah tiada lagi solusi. Penonton akan terasa sempit dan
kasihan ketika ini dan masuklah klimaks yang menjadi turning point kepada
semuanya.
Sebagai contoh dalam filem ‘Hilang’, intro awalnya pengenalan watak utama
dan kawannya. Kemudian dompetnya hilang,
konflik berlaku dengan watak utama mengesyaki kawan baiknya yang
mencuri. Ia dikuatkan lagi dengan ahli rumahnya yang menceritakan kawan
tersebut telah masuk biliknya semalam. Maka watak utama menuduh sahabatnya
sehinggalah putus persahabatan mereka, dan dia tetap mencari dan teruskan
mencari. Sehinggalah sampai satu tahap dia sanggup dipukul dan bergelumang
dengan sampah, hanya untuk mendapatkan dompetnya. Inilah klimaks cerita
tersebut. Dan peleraiannya dengan sahabat baiknya juga yang menyedarkannya
semula dan mereka berbaik kembali.
7.Membuat peleraian dan outro. Peleraian adalah scenes yang berlaku selepas
klimaks, ia lebih kepada solusi kepada semua permasalahan yang berlaku dalam
scenes yang lepas. Outro pula adalah pengakhir kepada jalan cerita, jalan
cerita yang baik adakalanya tergantung dan terpulang kepada penonton untuk
menentukannya. Tapi kaedah ini ada kekurangannya, adakalanya maksud yang kita
ingin sampaikan tidak terlaksana. Maka tetapkanlah outro sebaiknya. Outro yang
baik juga adakalanya unexpected, tidak dapat difikirkan oleh penonton.
Dalam filem HILANG contohnya, saya sengaja untuk menunjukkan dompet yang
dicari sebenarnya hanya terjatuh di bawah katil. Ini memberi mesej bahawa
sebenarnya masalah yang Nampak besar, sebenarnya taklah besar manapun. Dan juga
dalam setiap masalah, kita harus melihat diri sendiri dahulu sebelum
menyalahkan orang lain.
*Kesimpulan : Jalan cerita yang baik mempunyai kriteria-kriteria yang
telah saya tuliskan di atas, mungkin ianya tidak lengkap tapi ia boleh menjadi
asas untuk membuat satu jalan cerita yang lengkap. Penambahan elemen ‘flash
back’, atau yang lebih catchy seperti action, bergaduh dan mencemaskan adalah
tarikan kepada jalan cerita. Kelainan merupakan satu tarikan, adakalanya elemen
seperti ini perlu dimasukkan supaya tidak terlalu tipikal, contohnya watak
pelajar terlalu tipikal, apa kata dimasukkan watak pelajar yang sedang bermain
bola atau piano dan sebagainya.. ia lebih menarik.
Apapun,
semuanya terpulang kepada pengarah filem untuk menentukan jalan cerita terbaik,
dan perkara seni lahir daripada dalam hati, ia tidak dapat diajar dan
tidak mempunyai cara khas untuk mendapatkannya. Pengarah filem perlu mencari
skill tersebut dengan pengalaman demi pengalaman, kegagalan demi kegagalan.